Pengisytiharan Hibah secara Atas Talian
eHibah memudahkan proses pengurusan harta pusaka.
Rancang dan sediakan Pengisytiharan Hibah dengan mudah dan pantas di mana-mana sahaja.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Saling memberi hadiahlah kamu sekalian, agar kalian saling mencintai”
Hadis riwayat al-Bukhari

Apakah yang dimaksudkan dengan Pengisytiharan Hibah
Hibah dalam bahasa mudahnya ialah pemberian sukarela, yang dibuat semasa hidup, diberikan sebagai tanda kasih sayang. Ianya adalah pemberian kepada seseorang yang lain tanpa balasan daripada penerima hibah. Ianya adalah salah satu instrumen dalam pengurusan harta pusaka Islam.
Bagaimana Hibah memudahkan proses pengurusan harta pusaka?
Mengikut pembahagian harta secara faraid, hanya waris-waris si mati sahaja yang layak mendapat harta pusaka. Mengikut konsep wasiat pula, ia hanya boleh dibuat kepada bukan waris sahaja. Namun, hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki oleh pemberi hibah sama ada dia merupakan waris ataupun bukan waris.
Tiada had atas kadar harta yang hendak dihibahkan. Ianya terpulang kepada pemberi selaku pemilik harta. Berbeza dengan wasiat, di mana harta yang diwasiatkan tidak boleh melebihi kadar 1/3 daripada jumlah harta pusaka. Manakala, pembahagian harta mengikut faraid pula adalah berdasarkan ketentuan dan ketetapan mengikut hukum syarak.
Harta yang telah dihibahkan tidak boleh dituntut oleh waris yang lain. Ini kerana hibah adalah pemberian daripada pemberi hibah kepada penerima secara sukarela.
Harta yang diwasiatkan atau difaraidkan selepas kematian pemiliknya belum tentu akan dapat dilakukan atas beberapa faktor seperti karenah pentadbiran (birokrasi) dalam pembahagian harta pusaka, pertelingkahan dalam kalangan waris dan sebagainya yang akhirnya menyebabkan pembahagian harta tersebut terbiar bertahun-tahun lamanya. Manakala pemanfaatan harta melalui hibah boleh dilakukan secara terus dan semaksimum mungkin.
Mengapa anda perlu Mengisytiharkan Hibah melalui kami.

Kini semua orang mampu mengisytiharkan harta mereka dengan yuran penyediaan dan perlaksanaan dokumen yang berpatutan .

Panel Guaman yang bertauliah akan bertindak sebagai wasi (pentadbir harta) bagi memastikan harta yang dihibah diterima oleh penerima.

Permohonan dapat dilakukan di mana sahaja selagi pengguna memiliki peranti mudah alih yang mempunyai capaian ke internet.