Rancang pengurusan harta anda
dengan Pengisytiharan Hibah
Perancangan pengurusan harta dalam Islam terbahagi kepada dua, iaitu Perancangan Harta Semasa Hidup dan Pembahagian Harta Selepas Kematian pemilik harta. Di antara bentuk-bentuk perancangan harta semasa hidup adalah seperti HIBAH, wasiat, wakaf, sedekah dan nazar. Manakala, pengurusan harta selepas berlaku kematian pula ialah pembahagian harta pusaka yang tertakluk kepada hukum faraid.
