Pentingnya berhibah adalah kerana ia memudahkan proses pengurusan harta pusaka secara:
1. Pemberian harta secara hibah dianjurkan oleh Islam.
2. Pengurusan harta melalui hibah adalah lebih cepat dan telus.
3. Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja.
4. Kadar harta yang dihibahkan tiada had.
5. Pemberian harta secara hibah boleh memupuk perasaan kasih sayang dan mengeratkan hubungan silaturrahim.
6. Pemanfaatan harta boleh dilakukan secara terus dan semaksimum mungkin.
7. Harta yang dihibahkan oleh ibu bapa (termasuk datuk dan nenek) kepada anak-anak boleh ditarik balik atau dibatalkan.
8. Pemberian hibah boleh mengelakkan perselisihan di antara waris.