Rukun Hibah

Rukun Hibah

JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Ruj: ( 26 ) dlm. JMNK(F)602 Jld.27   Tarikh: 21 Muharam 1443 (30 Ogos 2021)

Rukun Hibah terdiri daripada 4 perkara iaitu:

1. Pemberi ( Al-Wahib )

  • Hendaklah seorang yang mukallaf, tidak muflis, orang yang boleh menguruskan harta.
  • Menurut pandangan Syarak, pengertian mukallaf iaitu seseorang yang mencukupi had umur minimum baligh genap 15 tahun dan ke atas bagi lelaki sementara bagi perempuan mencukupi had minimum baligh genap umur 9 tahun (jika datang haid) dan jika tidak didatangi haid sehingga umur 15 tahun maka dia sudah dikira baligh mengikut perkiraan Taqwim Qamariyah.
  • Bagaimanapun, bagi pemberi hibah yang mukallaf tetapi belum genap umur 18 tahun maka mereka hendaklah tertakluk kepada undang-undang yang berkuatkuasa (Akta Umur Dewasa 1971 [Akta 21]).

2. Penerima ( Al- Mawhub lahu )

  • Sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memiliki harta. Sekiranya penerima hibah belum mukallaf, maka hendaklah dilantik wali/pemegang amanah yang boleh menerima bagi pihak dirinya.

3. Barang yang dihibahkan (Al-Mawhub)

  • Halal, suci, bernilai, milik sempurna pemberi hibah, boleh diserah milik dan wujud pada masa hibah.

4. Aqad (Al-Aqad)

  • Hendaklah mengandungi gabungan dan persamaan antara ijab dan qabul.
  • Dalam konteks semasa, dinasihatkan penerimaan hibah didokumenkan mengikut peruntukan undang-undang bagi mengelak sebarang penyelewengan pada masa akan datang.
Related Posts