Polisi Perlindungan Data Peribadi
Kami, OVERVIEW SDN. BHD. (No. Syarikat: 1026136-A), adalah komited untuk melindungi privasi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) Malaysia. Polisi ini menerangkan:
Data Peribadi Yang Mungkin Kami Kumpul Daripada Anda
Untuk tujuan melayari laman web secara am, walaupun tiada data peribadi yang terdedah kepada kami, beberapa maklumat teknikal dan statistik boleh kami dapati menerusi pembekal perkhidmatan internet kami seperti cookies, alamat IP anda, masa, tarikh dan tempoh anda melayari laman web. Jika anda memberi apa-apa data peribadi berkaitan pihak ketiga (contoh: maklumat pasangan, anak-anak, ibu bapa dan/atau pekerja anda) dengan menyerahkan data peribadi tersebut kepada kami, membawa maksud kepada kami bahawa anda, telah mendapatkan persetujuan pihak ketiga tersebut untuk memberikan maklumat berkenaan bagi tujuan yang disenaraikan di bawah.
Bagaimana Kami Mengumpul Data Peribadi Anda
Kami mungkin mengumpulkan data peribadi sama ada daripada anda, daripada wakil yang anda beri kuasa, daripada pihak ketiga atau daripada sumber boleh didapati secara umum yang mungkin termasuk (tetapi tidak terhad kepada):
Penggunaan Data Peribadi yang Dikumpulkan
Anda bersetuju bahawa kami boleh menggunakan data peribadi anda bagi tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang dan tujuan berikut:
Perkongsian Data Peribadi Yang Dikumpulkan
Semasa anda mendapatkan perkhidmatan dengan kami dan pengurusan atau operasi, kami mungkin dikehendaki atau perlu untuk mendedahkan maklumat berkenaan anda kepada pihak ketiga berikut:
Bagaimana Jika Data Peribadi yang Anda Berikan Tidak Lengkap
Anda diwajibkan untuk memberikan data peribadi anda kepada kami sekiranya dinyatakan di dalam borang permohonan atau pendaftaran kami secara manual atau elektronik, bagi membolehkan kami memproses permohonan anda untuk perkhidmatan kami. Sekiranya anda gagal untuk memberikan data peribadi yang lengkap dan yang diwajibkan tersebut, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan anda atau menyediakan perkhidmatan kami kepada anda
Hak Anda untuk Mengakses dan Membetulkan Data Peribadi
Kami boleh membantu anda untuk mengakses dan membetulkan data peribadi anda yang disimpan oleh kami. Jika anda berhasrat untuk mengakses data peribadi anda yang berada di dalam simpanan kami, atau jika anda berpendapat bahawa data peribadi tersebut tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, anda boleh membuat permohonan kepada kami melalui email atau secara bertulis. Walau bagaimanapun akses anda mungkin tertakluk kepada bayaran bagi menampung kos kami.
Berapa Lama Kami Menyimpan Data Peribadi Anda
Kami akan menyimpan data peribadi anda dengan mematuhi Polisi ini dan/atau terma dan syarat-syarat perjanjian anda dengan OVSB atau anak-anak syarikat OVSB sepanjang tempoh perhubungan anda dengan kami, bagi tempoh sebagaimana yang perlu untuk melindungi kepentingan OVSB atau anak-anak syarikat OVSB dan/atau pelanggan-pelanggannya sebagaimana yang difikirkan perlu, kecuali sekiranya dikehendaki oleh undang-undang dan/atau untuk keperluan polisi-polisi berkaitan OVSB atau anak-anak syarikat OVSB
Bagaimana Kami Melindungi dan Menjaga Data Peribadi Anda
Kami berusaha untuk mengambil semua langkah yang munasabah untuk melindungi data peribadi anda dan memastikannya disimpan dengan selamat. Ini termasuklah dengan mengikuti prosidur keselamatan kami (seperti memeriksa identiti anda semasa anda menelefon kami). Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web yang lain dan kami tidak bertanggungjawab ke atas polisi, prosidur atau isi kandungannya berkenaan data peribadi laman web luar tersebut.
Pemindahan Data Peribadi Anda ke Luar Malaysia
Apa-apa data peribadi yang anda berikan secara sukarela kepada kami akan dijaga dengan piawaian keselamatan yang tinggi selaras dengan APDP. Berkemungkinan adalah perlu untuk kami memindahkan data peribadi anda ke luar Malaysia jika mana-mana pembekal perkhidmatan atau rakan perniagaan kami terlibat dalam sebahagian daripada penyediaan perkhidmatan yang terletak di negara-negara luar Malaysia. Dalam keadaan ini, anda bersetuju untuk kami memindahkan data peribadi anda ke luar Malaysia. Kami akan memastikan pengambilan langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan mana-mana pembekal perkhidmatan atau rakan perniagaan adalah diikat di bawah kontrak supaya tidak menggunakan data peribadi anda untuk sebarang tujuan selain daripada untuk menyediakan perkhidmatan yang telah dikontrakkan oleh kami dan melindungi data peribadi anda dengan secukupnya.
Hubungi Kami
OVSB dan anak syarikat OVSB komited untuk melindungi data peribadi anda. Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau komen berkenaan pengendalian data peribadi yang berkaitan dengan penyediaan Hibah, anda boleh hubungi kami di [email protected] atau telefon +6013-3807898.