Terma & Syarat

Sila baca syarat-syarat dan terma-terma berikut sebelum anda menggunakan perkhidmatan eHibah.

“Terma-Terma Perkhidmatan” berikut terpakai pada mana-mana perjanjian perkhidmatan antara Overview Sdn Bhd (“Syarikat”) dengan mana-mana individu atau entiti syarikat (“Pelanggan”). Terma-terma tersebut, termasuk Polisi Penerimaan Penggunaan, kemudian daripada ini akan disebut sebagai “Perjanjian” antara kedua-dua pihak yang disebut di atas.

Kadar Perkhidmatan

Pelanggan faham dan tahu akan kadar dan yuran perkhidmatan yang dikenakan oleh Syarikat dan telah menerima penerangan yang jelas tentang bayaran bagi perkhidmatan yang diterima. Pelanggan ambil maklum bahawa Syarikat mempunyai hak untuk mengubah kadar dan kos perkhidmatan dari semasa ke semasa. Mana-mana promosi yang ditawarkan oleh Syarikat adalah tertakluk kepada kos penyelenggaraan, termasuklah tapi tidak terhad kepada kadar yang dikenakan oleh pembekal perkhidmatan. Jika diperlukan, Syarikat akan mengeluarkan apa-apa notis minimum 15 hari bekerja jika berlaku sebarang perubahan pada kadar perkhimatan.

Bayaran dan yuran

Pelanggan faham bahawa Syarikat tidak akan bertanggungjawab untuk menyediakan sebarang perkhidmatan di bawah Perjanjian ini sehinggalah keseluruhan bayaran yang dikenakan telah dibayar dan setelah Syarikat menyemak bukti bayaran tersebut. Bayaran yuran tahunan, yuran penyimpanan dan yuran terakhir perkhidmatan adalah tertakhluk kepada Syarikat dan penyedia perkhidmatan. Semua perkhidmatan yang ditawarkan Syarikat adalah secara prabayar.

Polisi bayaran balik

Segala pembayaran untuk perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat adalah TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN. Ini termasuklah, namun tidak terhad kepada kos permulaan, kos bulanan, kos menaiktaraf, kos perkhidmatan profesional. Sebagai tambahan, jika akaun Pelanggan dibatalkan oleh Syarikat kerana perlanggaran Perjanjian ini atau Polisi Penerimaan Penggunaan, maka segala pembayaran yang dibuat kepada Syarikat adalah TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN. Pelanggan bersetuju untuk tidak mengenakan kos bayaran balik kad kredit kepada bayaran perkhidmatan yang disediakan (jika ada). Di dalam keadaan Pelanggan mengenakan kos bayaran balik atau mana-mana bayaran, Pelanggan akan dianggap sebagai telah melanggar Perjanjian ini dan akan dikenakan tindakan sepertimana telah dinyatakan pada klausa 2 di atas.

Pembatalan perkhidmatan

Permohonan pembatalan perkhidmatan hanya boleh dibuat secara pemberian notis kepada Syarikat. Segala permohonan pembatalan perkhidmatan hendaklah dibuat dalam tempoh minimum 5 hari bekerja. Kegagalan untuk menyediakan notis minimum 5 hari tersebut akan mengakibatkan Pelanggan dikehendaki membayar kos tahunan langganan sebelum pembatalan boleh dibuat. Di mana perkhidmatan yang ditawarkan dibayar secara prabayar, tiada pembayaran balik sama ada keseluruhan atau sebahagian akan dibuat. Segala bayaran yang tertunggak hendaklah dibayar secara penuh sebelum permohonan pembatalan dibuat dan segala kos yang tidak dibayar hendaklah dibayar sebelum pemulangan apa-apa dokumen hakmilik pelanggan.

Kesilapan bil

Pelanggan sedia maklum bahawa Syarikat akan berusaha sebaiknya bagi memastikan kesemua invois dikeluarkan dengan betul. Namun, sekiranya Pelanggan dapat mengenalpasti sebarang kesilapan pada invois tersebut, Pelanggan hendaklah memaklumkan kepada Syarikat dalam masa 15 hari bekerja selepas tarikh invois tersebut dikeluarkan. Selepas 15 hari, kesemua invois tersebut akan dianggap sebagai betul dan tiada perubahan invois yang akan dibuat.

Bayaran kad kredit

Pelanggan memberi kuasa kepada Syarikat untuk secara automatik menolak daripada mana-mana kad kredit/debit yang telah didaftarkan di Syarikat semasa proses pembayaran atau melalui kemaskini akaun setiap kali pembayaran invois. Invois akan dihantar di emel Pelanggan yang berdaftar sebelum mana-mana pemotongan kad kredit dibuat pada tarikh setiap invois. Sekiranya pemotongan melalui kad kredit Pelanggan tidak dapat dibuat atas apa-apa sebab, Syarikat akan menghubungi Pelanggan untuk memaklumkan perkara tersebut dan akan terus menuntut bayaran invois daripada akaun kad kredit tersebut sehinggalah bayaran invois dibayar sepenuhnya.

Gantirugi

Pada mana-mana kejadian dan/atau situasi, Syarikat akan bertanggungjawab ke atas kerugian yang berpunca daripada ganggunan perkhidmatan bagi jumlah yang melebihi jumlah yang sepatutnya dibayar oleh Pelanggan bagi perkhidmatan tersebut ketika mana gangguan tersebut berlaku. Pelanggan faham bahawa Syarikat tidak akan bertanggungjawab bagi kerugian yang mengakibatkan bayaran tambahan dikenakan ke atas Pelanggan kerana kelalaian Pelanggan ketika gangguan berlaku. Pelanggan faham bahawa mereka menggunakan perkhidmatan dan kemudahan Syarikat dengan risiko sendiri.

Polisi Peribadi

Syarikat tidak akan menjual, memajak, meminjam, memberi, atau apa-apa perbuatan yang dianggap membocorkan maklumat peribadi Pelanggan kepada pihak ketiga kecuali untuk tujuan mematuhi mana-mana undang-undang atau untuk tujuan penyiasatan oleh mana-mana Pihak Berkuasa. Syarikat mempunyai hak untuk mengumpul dan menggunakan maklumat-maklumat Pelanggan, termasuk dan tidak terhad kepada alamat emel dan “website cookies”, untuk tujuan pemasaran.

Perlanggaran Terma dan Syarat

Pada setiap pelanggaran syarat oleh Pelanggan terhadap mana-mana terma tersebut, Syarikat akan menghubungi Pelanggan sama ada melalui emel atau panggilan telefon sebelum apa-apa tindakan diambil sekiranya perlu. Walaubagaimanapun, Syarikat akan mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan munasabah untuk melindungi Syarikat, termasuk sekiranya perlu untuk mengantung atau membatalkan perkhidmatan Pelanggan tanpa sebarang notis pemberitahuan.

Tambahan

Syarikat mempunyai budi bicara dan berhak untuk membuat pindaan dan/atau menyebabkan Perjanjian ini terpinda sekiranya terdapat apa-apa perubahan yang perlu dilakukan oleh Syarikat selagimana tidak melanggar mana-mana peruntukkan undang-undang dan peraturan. Pelanggan akan diberitahu melalui Notis di dalam laman web Syarikat akan perubahan tersebut dan/atau dimaklumkan mengenai perubahan tersebut melalui mana-mana medium komunikasi yang difikir sesuai oleh Syarikat

Penafian

Syarikat tidak akan bertanggungjawab atas segala tindakan terkemudian di antara pelanggan dan waris-waris dan/atau pihak yang berkepentingan dengan pelanggan selepas apa-apa dokumen yang disediakan oleh Syarikat dimaterai. Sekiranya mana-mana dokumen yang dikeluarkan oleh Syarikat menjadi perbalahan, di masa hadapan, Syarikat tidak boleh diambil tindakan bersama di dalam perbalahan tersebut.